Going out with Mom

by - 22:37:00

Hi dan assalamualaikum. Akhirnya, saya akan memulakan mengisi blog saya dengan beberapa cerita tentang.. saya. Ok, maaf jika ianya telah menghampakan semua atau tahlah saya pun rasa tak ada pun orang nak baca blog saya. Tapi biarlah. Janji apa yang saya nak sampaikan tetap akan disampaikan! Itu dia dengan tanda seru, semangat yang berkobar-kobar untuk menjayakan post yang kedua.

Untuk hujung minggu pada minggu ini, setelah terlantar sakit di bilik saya cuba menemani ibu saya keluar pergi berjalan-jalan. Niat asal, untuk tunjuk muka dekat matahari yang diri ni dah sihat. Tak adalah berjalan mana kat bawah matahari sebab akhirnya berteduh di bawah bumbung juga - pusat membeli belah Angsana untuk membeli barang jahitan katanya. Lepastu dah pergi Kamdar, tak jumpa apa nak cari tetiba lapar. My mom pun apa lagi ajak makan ayam penyet. Saya seperti biasa dengan dah lama tak jumpa ayam penyet, bila jumpa terus buat makanan tu jadi model. Susun atas meja lawa lawa lah, itu ini. Hipster, kononnya.


 Mengancam tak saya

 Susunan ala hipster

Masa ni dah cakap dengan mak dah lapar sangat boleh tak kita makan hihi

Setelah kekenyangan tahap maksima barulah kami bergerak ke kedai seterusnya untuk cari barang jahitan yang lain-lain. Kebetulan masa mencari barang itu terserempak bakal mak mertua (jiran sekampung dulu lol). Tahlah, anak makcik ni masa zaman zaman duduk sekampung dulu anak dia paling kacak kat kampung, kalau tak salah anak dia lah. Kalau tersalah anak orang lain kot. Tak, tak minat pun kat anak dia, sikit pun tak. Sengaja je nak cakap bakal mak mertua emm. Sedang rancak mak mak berbual dan memilih lace untuk baju tiba-tiba ada uncle ni bagi suggestion kat bakal mak mertua saya (kononnya) warna apa yang matching untuk baju bakal mak mertua saya ni. Dia pun mention dia ni fashion designer dan artis kat singapura. Saya pun macam wah, artis. Wah. Dia pun bagi nama Facebook, number phone and I pun macam k. You know me. Tapi that uncle was nice ok, tak tipu - sangat peramah. Susah tau nak jumpa singaporean peramah.

Dah membeli benang dan lace, bergerak ke kedai Tupperware pulak. Sumpah, rasa diri ni macam dah kahwin. Pergi kedai barang menjahit, lepastu pergi kedai Tupperware. Mak mak kan suka Tupperware. Berkualiti kateko. Saya pun angkutlah barang-barang ke sana ke mari. Semasa perjalanan nak bayar tiket parking, elok elok hujan lebat kat luar dengan kereta park dekat tengah kawasan lapang. Bermandi-manda kereta tu. Dahtu apa lagi, cakap dengan mama nak pergi book store nak cari buku sat. Dengan perasaan senang hati dan kurang senang hati sebab masih kena angkut barang ikut pergi book store. Dan lagi tak senang hati bila dah masuk mesti ada benda keluar. Seronok masuk book store, duit pun syok ikut keluar. Mula-mula ada hasrat nak beli novel. Lepastu tak jadi, Alhamdulillah sebab niat utama nak cuci mata bukan nak membeli. Jalan depan sikit, tertoleh belah kiri. Tertoleh weh, tertoleh. Hikayat Calaqisya oleh Hazwan Faiz.

Yang saya suka cover buku ni sebab anak dia comel

Cerita dia macam ni, imbas kembali beberapa bulan yang lepas. Sedang saya scrolling Instagram, tiba-tiba terperasan tentang Hikayat Calaqisya. Apa yang saya tahu Calaqisya ni bukan online shop ke? Dan saya semestinya bukannya pernah membeli pun di Calaqisya. Cuma saya memang tertarik dengan Hikayat Calaqisya dan perasaan ingin tahu isi kandungan buku tersebut amatlah membuak-buak.

Kembali kepada ternampak Hikayat Calaqisya di book store. Jadi saya pun macam, “Ish nak baca tapi..” tanpa berfikir panjang terus capai buku tu dan terus pergi ke kaunter pembayaran. Lepastu pulanglah saya ke rumah dengan perasaan lega. Ya, saya selesai menghabiskan membaca buku tersebut selama lebih kurang 5 jam – pecah rekod sebenarnya sebab terlalu excited baca buku ni tah kenapa. 5 jam tu tambah dengan curi curi makan di dapur, berborak dengan mak. Saya amat terhibur membaca Hikayat Calaqisya. Sungguh memberi inspirasi kepada anak muda seperti saya untuk terus mencapai impian saya tanpa mengira apa cabaran dan juga halangan. Tipulah setelah membaca Hikayat Calaqisya rasa tak sabar nak habis belajar dan menceburi bidang perniagaan. Sangat-sangat wah tak tahulah nak cakap apa weh lepas baca buku ni. Rasa macam nak menangis semua ada. Sangat menyarankan golongan muda yang mempunyai cita-cita untuk memulakan perniagaan atau ingin berjaya dalam hidup dengan membaca Hikayat Calaqisya sebagai sumber motivasi dan inspirasi. Selalunya benda yang realiti ni lah baru kita tahu erti hidup ni macam mana. Pahit ke manis? Starbucks ke Nescafe? Kita selalu expectation tinggi tapi hasil tak sebeberapa sebab usaha tak sama seperti apa yang kita nak. Contoh, nak pointer terbaik tapi sehari belajar tak sampai satu jam dah mengeluh. Tak, saya cakap pasal diri sendiri. Awak jangan terasa huhu. Jadi berhenti bermimpi dan jadikan ia realiti.

You May Also Like

8 comments

  1. Best ke cerita Qalisha tu.. macam interesting je...
    btw
    Meh la jemput comment di post kite pulakk hihi *heret tangan dengan muka gedik*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best, sangat best! Hahah insyaAllah sis saya akan sergah blog anda.

      Delete
  2. Fatin pun sangkakan yang Calaqisya tu nama butik kan. Hehe. Macam best je buku tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'ah, ini tentang butik Calaqisya. Cerita tentang macam mana diaorang membuka butik tu. Memang best lah hihi rasa nak baca lagi.

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete