Penat.

by - 17:04:00

Tak boleh nak tipu straight bulan Jun, Julai dan Ogos pun sudah tercungap-cungap. Inikan lagi bulan September yang memang hampir separuh nyawa berjuang sebagai seorang pelajar pra-universiti. Banyak teramat benda yang perlu saya kongsikan tapi atas sebab tiada masa terluang (sekarang pun sepatutnya buat assignment tapi masih gigih berblog). Apa nak jadi, jadilah. Ayat begitu pasrah tapi sebenarnya kalau benda yang unexpected nak jadi tu biarlah yang positif. Post saya kali ini berkaitan dengan life update - dan segala macam yang saya sepatutnya update tapi tak menyempat. Saya masukkanlah satu dua gambar setiap event okays.



CANTEEN DAY
My classmates and I were selling Domino's on that day. Alhamdulliah everything was okay.

Percaya atau tidak saya pakai benda alah ni sambil menjual pizza

#pizzaforlife

KARNIVAL 1 MURID 1 SUKAN
Buat kali pertama kami menyertai aktiviti sukan di sekolah. Saya join main batu seremban. Kelakar tak kelakar kami dapat johan huhu (takda apa perlu dibanggakan sebab orang lain yang reti main, saya tumpang menyelit main je sebab tak reti main lol). Rumah Balau menang secara keseluruhan hiks.

Senyum, tak perlu ragu. Senyum, usah dibimbang. Tiada seindah senyumanmu

Semasa hari perasmian

Selekeh mana pun peduli apa masa ni

CLASS PHOTO COMPETITION
Dia punya semangat nak ambil gambar ni tak payah cakap. Kawan siap beli benda buih-buih untuk ambil gambar ni. Tapi cikgu masih belum membuat keputusan kelas mana yang menang. Tapi secara keseluruhannya saya enjoy main benda alah tu. Menang atau tak tolak tepi sebab rasanya semua memang syok main buih-buih ni.

#bubblesforlife

Awkward tak awkward

Gambar yang kami hantar untuk pertandingan class photo

PRE-U GRADUATION DAY 2014/2015
Kami hadir sebagai tetamu dan buat kerja segala. Best juga lah walaupun penat dia semacam tak payah cerita. Sakit satu badan. Rasa nak menangis pun ada. Selama ni memang sakit badan tapi mungkin terlebih berdiri ke macam mana.

Bestfriends. Tipu tak sayang diaorang ni

Our favourite MUET teacher, Puan Jothy

Tak lupa juga selain menjadi photographer untuk hari graduasi, saya juga menyambut tetamu dan seterusnya melakukan satu persembahan nyanyian secara solo. Mungkin sebab tu kot penat teramat. Menyesal tapi tak menyesal juga lah sebab nak test level confidence ja. Tapi nervous dia tu uish sampai berpeluh sejuk tangan, perut memulas, suara bergetar semua ada. Mula-mula nak buat lagu Stitches by Shawn Mendes, tapi disebabkan kawan-kawan nak lagu Blank Space by Taylor Swift saya pun macam yelah, yelah. Walaupun dah agak muak dengan lagu tu sebab selalu dengar. Taylor Swift tetap menjadi pujaan hati.



Itu dia persembahan yang agak menghambarkan pfft

You May Also Like

0 comments