Fujifilm X-M1

by - 19:41:00


Hi everyone so today I rasa nak buat review on my camera that I'm using, Fujifilm X-M1 sebab ramai juga tanya what kind of camera that I'm using blablabla. So ok, before I'm giving my thoughts over this camera, I share maklumat simple pasal camera ni - ok, sila beri ruang kepada otak anda untuk mengisi maklumat teknologi sedikit.

Fujifilm X-M1 specification highlights: 


  • 16MP X-Trans CMOS APS-C sensor, EXR Processor II
  • ISO 200-6400, expandable to 100 - 25600
  • Up to 5.6 fps continuous shooting
  • 0.5 sec startup time
  • 1920 x 1080 Full HD movie recording at 30 fps with stereo sound
  • Twin control dials, top and rear
  • Focus peaking (for setting focus before shooting)
  • 920k dot 3-inch 3:2 LCD display - tilts 120° upwards and 80° downwards
  • Built-in Wi-Fi for image transfer to mobile device or PC

  • Ok so basically benda yang korang kena tahu, this is a mirrorless camera. Untuk pengetahuan anda juga, ramai photographer juga memiliki camera seperti ini sebagai backup camera. Sebab kadang-kadang diaorang pun malas nak bawak camera gajah berjalan.

    Mungkin ada akan tertanya adakah camera ini adalah dslr berdasarkan saiz badan yang comel molek begini. Bukan, ini mirrorless camera tapi mempunyai sensor dan image quality serupa dengan dslr. Dah dah cukup cukup dengan explanation pasal mirrorless camera. Cerita Fujifilm X-M1 balik.


    Mula-mula saya nak beli Sony A5000, mirrorless camera juga. Lepas mak saya marah cakap apa benda saya ni nak beli camera kecik macam tu. Last last kami bincang bincang saya pun pilih Canon 600D - memang ada niat nak 600D pun. Pastu siap dah bayar deposit sekali. Pastu bila kami nak bayar full payment, orang kedai ni dah pergi jual camera tu dekat orang lain dan dah takda stok untuk camera tu sebab Canon dah tak keluarkan camera tu lagi. Masa tu macam huaaaaa sedihnya. Last last tauke tu introduce saya mirrorless camera balik. Saya masatu dah sedih ah, dah mengharap kot kah kah.

    So, pada hari itu saya terpaksa buat pilihan sama ada si Sony A5000 atau Fujifilm X-M1 atau Samsung NX mini tak silap. Saya memang awal awal dah tolak Samsung ke tepi, saya ok je dengan brand Samsung tapi bukan untuk camera dia. So, dalam hati ni memang macam.. Sony A5000 lah. Rasa macam nak buat solat istikarah kat kedai tu jugak lol. Pastu saya dengan tauke kedai tu pun bincang pasal camera mana yang ok.

    Dua-dua camera ni ok, siap pergi test ambil gambar pe semua lagi. Last-last saya buat pilihan, saya pilih Fujifilm X-M1. Haa, tu dia. Manusia. Boleh ubah fikiran dalam sehari. Saya pun bersyukur tauke tu jenis tak macam paksa beli itu atau ini. Lagipun dua dua camera harga lebih kurang.


    So, things that I like about Fuji X-M1 :

    • Colour of the image
    • Kemudahan transfer gambar melalui wifi
    • Boleh tilt screen atas dan kebawah (tapi takboleh selfie ah memang tak suka selfie)
    • Kecil dan senang sumbat dalam bag
    • Battery life - ada org cakap tak ok, pada saya ok ja. Depends cara orang guna kot
    • Boleh tukar tukar lens!

    Dislikes :

    • Lens fujifilm yang mahal (dan sedang mengumpul duit untuk beli lens baru)
    • No viewfinder - kalau cuaca panas terpaksa increase brightness screen haih
    • Autofocus hmm hmm


    I guess dislikes takdelah banyak mana, itu je. Overall semuanya ok dan camera ni hampir 8 bulan dengan saya. Dia dah banyak berjasa tau huhu. Kebanyakkan gambar di instagram saya pun diambil daripada camera ni. Click here if you want to see my instagram. So let's go to FAQ!


    Frequently Asked Questions (FAQ) :

    1) Kenapa beli camera ni?
    : Sebab dia comel dan senang sumbat ke dalam bag dan image quality just amazing. Tambahan, camera Fujifilm terkenal dengan mempunyai warna gambar yang cantik berbanding dengan camera lain. Yang tu saya salute.

    2) Mahal tak camera ni?
    : Mahal tak mahal lebih kurang macam dslr juga. Masatu saya beli dalam 1.6k juga bersama kit lens, tak termasuk haze protector dan bateri tambahan.

    3) Saya join kelab fotografi, boleh tak pakai camera ni?
    : Boleh je pada saya. Sebab saya join kelab fotografi lek je pakai camera ni.

    4) DSLR atau Mirrorless camera?
    : Depends kepada individu. Pada saya dua dua ok. Beza antara dua camera ni, saiz badan camera je. Kalau setakat ambil gambar casual, travel, lebih baik pakai mirrorless camera. Kalau anda betul betul nak serious dalam bidang fotografi, pakailah dslr untuk kepuasan maksimum :)

    Source : dpreview

    You May Also Like

    12 comments

    1. Awesome review.. Saya guna 'Dslr Nikon 3200' actually silap saya juga sebab tak review habis2, but at least ada juga hasilnya :) - Yang penting ilmu yang illuminasi untuk menggunakannya :)

      ReplyDelete
      Replies
      1. Terima kasih. Ya, apa apa camera pun ok. Ya betul tu :)

        Delete
      2. Fujifilm ni pun gempak juga, banyak features color cantik huhu taniah2 :)

        Delete
    2. wuuuu~ bestnya kamera awak *facepalm.jpeg* :p

      ReplyDelete
    3. I'm still using canon eos 550D , Yeah you're right ! We need mini dslr camera especially we are going out or travelling somewhere far and easy to put inside / save for extreme adventurer mood that easy to handled . Waaa I need one lah ASAP! :D . haha thanks for sharing this review :D

      - Syamsid Blog -

      .

      ReplyDelete
      Replies
      1. Hi, Canon 550D ain't that bad heheh. Your welcome! I'm glad this post could help you to know a little bit about mirrorless camera :D

        Delete
    4. saya ada dslr. skrin pecah but still blh guna. tp skill photography tak ada x'D

      ReplyDelete
      Replies
      1. Hello Echa, hahah samalah skill photography pun takda. Janji boleh ambil gambar hahahah.

        Delete
    5. I just started to learn a thing or two about camera and been using D90. It is so heavy and now I'm searching for a mirrorless for a non-media job and thanks for the review. Will add this to my list when I survey the camera later ^^

      Fai
      http://midnight-jh.blogspot.my

      ReplyDelete
      Replies
      1. Hi Fai, D90 is amazing - I have used it in 2011. It was good tho. Oh your welcome. Hope you will get a new camera soon :)

        Delete